Friday, October 22, 2010

Penjelajahan ke Hulu Terengganu

Esok bermula la penjelajahan (jelajah ker.....) ke Terengganu selame seminggu...bkn jelajah la sebenarnya, kne gi outstesen sane...nk sedapkan hati, xnk pikir pasal keje tu, anggap la gi terengganu tu sebagai bercuti...huhuhu...hope that everythings will be fine there....insyaAllah...i'll update from time to time dari Terengganu nnt...kalo sempat la..huhuhu...

Wednesday, October 20, 2010

Horoskop dan Bunga

Pisces - Seharum Sundal Malam, Setenang Teratai...

Pisces adalah individu yang ekstrem, sensitif dan lain dari yang lain. Mereka ingin melakukan segalanya dengan baik tetapi hal ini agak sukar sekali, kerana mereka juga harus selalu mendengarkan kata hati tentang perihal yang benar dan salah. Penuh pesona, humor dan simpati bila berhadapan dengan individu lain sehingga menerima banyak bantuan. Pantas percaya kepada taburan janji-janji tanpa berfikir panjang. Suka memanipulasi dan sukar dimengertikan. Pisces juga seorang perayu yang hebat dan sukar ditandingi.


Petikan Majalah EH...

Mari Bilang-Bilang

Saje je wat title tu...seronok lak bile bukak website pakcik Nuffnang, tgk BE (Buffered Earnings) aku dok naik 1 sen..1 sen...hehehhe...orang lain skali dapat 3 4 hengget...aku 1 2 sen je...heheheh jadi la kn drpd xde...mule2 aku check, 7 sen...esknye 15 sen...arini 18 sen...hahahah cam comel je main sen2 nie..ahaksss...

Monday, October 18, 2010

Syarat Wanita Bagi Lelaki

Ni satu lagi artikel dr Yus Fairus...

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati,kata mereka

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkanundang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus beberapakawan wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembah yang jemaah di rumah bersama anakisteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.

------------------------------------------------------------------------------------------------
Secara peribadinya aku bersetuju dgn artikel di atas...selama ni ibu bapa sibuk nk anak2 perempuan mereka blaja masak, sbb katenye takut xde org nk kawin ngan kite kalo x pandai masak..tp xde plak (mgkn ade, tp amat kurang) ibu bapa yg menekankan anak lelaki mereka supaya boleh menjadi imam kpd keluarga mereka kelak...yg ditekankan ialah supaya belajar rajin, dapat keje yg bagus supaya leh tanggung ank org nnt...begitu juga ibu bapa yg nk mencari calon isteri utk ank mereka..perihal masak memasak ni mmg ditekankan...tp ade x ibu bapa yg meletakkan kriteria boleh menjadi imam utk calon menantu mereka???...errmmm pikir2 kan...

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah

Just nk share artikel dr seorg kawan di FB...credit to Yus Fairus for sharing the article...

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini ...tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Putrajaya Lubuk Maksiat?

Hari ni dok belek2 (ooppsss bukan belek sbb bace paper online) hehehe..tertarik la ngan tajuk "Lubuk Maksiat"...rupe2nya yg dimaksudkan adalah Putrajaya...eerrmm mungkin agak betul sbb kebelakangan ini, byk sgt tangkapan yg dibuat oleh JAWI di kuarters2 kerajaan dan port2 yg dikatakan hot di Putrajaya...berjayakah misi JAWI dan pengurusan Putrajaya yg ingin menjadikan Putrajaya Sifar Maksiat (slogan yg selalu diwar2kan)...insyaAllah semoga ianya akn tercapai suatu mase nnt...mgkn usaha yg gigih perlu dilakukan oleh pihak2 yg terlibat untuk mencapai misi tersebut...maklum la kn, Putrajaya ni kn pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, tempat pelancongan dan rekreasi, tp dicemari dgn aktiviti2 yg tidak bermaruah dan tidak berfaedah...

Artikel berkenaan boleh dibace di Mymetro....

Sunday, October 17, 2010

Salahkah Menjadi Diri Sendiri

Ape dh jadi padaku??sebenarnye xde bnde pn...cuma mlm ni agak sesentap sikit bile bace komen kt photos ku...ku tau dorg gurau2..tp ku x suke bile masing2 dok tuding menuding ckp aku ngan org ni ngan org tu...sbb aku mmg xde ape2 ngan dorg...masing2 dg berpunye (tu satu hal yg wat aku lg x suke...)ape kate kalo gf dorg terbace psl tu...xke aku jgk yg dipersalahkan...and aku mmg begitu perangaiku..kalo aku x suke sesuatu keadaan itu, aku akn berterus terang...biar org tau aku x suke and x akan ulangi di mase depan..tp kdg2 susah gak xnk jd manusia hipokrit ni, sbb org akn slh sangka pasal kite...eerrmmm ntah la...tp aku pn xde la jd manusia x berperasaan setiap mase...ade masenye aku akn simpan perasaan aku kalo situasi tu atau keadaan org yg di hadapanku tu x sesuai utk menerima sikap berterus terang aku tu...bagi aku, x perlu jd hipokrit but sometimes kne bertindak ikut situasi....

Sehari di Kuantan

Arini keje kitorg berpoya-poya je...mule2 kuar gi servis kete dulu, sbb nnt aku nk pinjam kete kesygn my sis tu gi outstesen Terengganu minggu depan...dh lame sgt menunggu. perut pn dh lapar..then kami gi makan kt Black Canyon..sbb masing2 x penah mkn kt situ, agk lame la ckit mase nk memilih makanan tu...hehehhe...pastu kami tgk wayang citer "Eat Pray Love"...menarik gak la jalan citer ni...x rugi tgk...then kami layan boling lak...hahahah lawak sgt time main tu...and the winner is----->opkos la aku....hahahah...my sis bagi alasan dia dh 5 tahun x main boling, tu yg kalah tu,.....huhu alasan tidak diterima....;p

Esok ape plak plannye...eerrmmm cadangnye nk gi Hutan Lipur Sg.Pandan kt Panching...errmmm mesti mauuuu!!!

Saturday, October 16, 2010

Tempat-tempat menarik di Kuantan

Alang-alang dah berada di Kuantan ni kn...saje je nk share ngan korang tempat2 menarik di Kuantan...ini adalah info yg diperolehi dr website Majlis Perbandaran Kuantan...utk maklumat lanjut, korang boleh layari website MPK...

Aku share serba sedikit ape yg ade di Kuantan...antaranya ialah
Pantai Balok
Laluan Taman Bakau
Pemandangan Bandar Kuantan
dan antara yg terbaru ialah Bukit Gambang Waterpark

Aku dh pegi Bukit Gambang Waterpark tu...best la bg org yg suke main air...heheheh


Jalan-jalan cuci mata

Salam pagi blogger smua...semlm ms tgh drive nk dtg Kuantan nie, tetibe terpikir nk pergi tempat2 rekreasi or hutan lipur...kalo Telok Cempedak (TC) dh biase sgt dh...so pikir2 ape lagi tmpt rekreasi yg ade kt kuantan ni ek..yg dkt2 je la...skali ternampak la Hutan Lipur Sg. Pandan...eerrmmm cam menarik je...leh la ajak my sis dtg sini...nnt kalo kitorg jd pegi, aku share gmbr n citer kt sini k....

Friday, October 15, 2010

Jom Klik Contest

Kawan2 pengunjung blog ni (ade ker...huhuhuh) sile2 la klik contest kt sebelah tu...insyaAllah ku kn klik yg anda punye semase sesi ziarah menziarah blog....tq

Bajet 2011: Video Ucapan tentang Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan

Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) akan dimansuhkan mulai Jun 2011 dan akan digantikan dengan penilaian yg sewajarnya...huhuhuhu ape perasaan anda penjawat awam spt aku yg masih belum menduduki exam PTK??gembira??emmm gembira la jgk kn...tp xtau lg penilaian yg akan diwujudkan tu camane rupenye...saksikan video yg diambil secara amatur oleh my sis...kredit to wan779...tq 4 sharing...



Terlepas mendengar Bajet 2011 secara langsung??

Terlepas menonton siaran secara langsung pembentangan Bajet 2011 (mcm aku yg tgh drive mase tu...wpun ade siaran melalui radio, tp x dgr jgk...huhuhu)???? anda boleh download teks ucapan di sini---->>Treasury

Ape komen anda mengenai Bajet 2011...RM500 untuk bantuan kewangan??ok la kn...better than nothing...

Penghidap kanser payu dara kalangan lelaki tinggi

Berita ni mcm menarik minat aku, sbb selama ni kite dengar wanita sahaja yg dijangkiti virus kanser payu dara...sekarang lelaki pun same berisiko utk dijangkiti...sama la jgk keadaannye dengan penyakit2 lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya...kalau dulu kite dgr org2 tua je yg menghidap penyakit2 tersebut, sekarang kanak2 pn berisiko utk mendapat penyakit tersebut sekiranya ibu bapa mereka tidak menjaga kesihatan dan pemakanan anak2 mereka...bersama-sama lah kita menyeru rakyat Malaysia supaya sama2 menitik beratkan penjagaan kesihatan...aku kalo bab2 penyakit berbahaya ni mmg aku cukup gerun la...tak nak sesiapa pn di kalangan yg terdekat ngan aku dijangkiti sebarang penyakit yg berbahaya ni....mintak dijauhkan la oleh Allah...amin,...

untuk berita lanjut, sila klik Berita Harian Online...

Bajet rakyat

Arini Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan akan membentangkan bajet 2011 yg dikatakan bertema "Bajet Rakyat"...apakah isi kandungan bajet tersebut??sejauhmanakah ianya untuk rakyat???sama2 la kita nantikan pembentangannya petang ini...

untuk berita lanjut, sila klik link di bwh....

Berita Harian Online | Bajet rakyat

Kepala bayi ditimpa siling hospital

Ini satu lagi kisah pasal bayi dalam suratkhabar arini....kesian sgt kat baby ni...baru brape ari lahir...harap2 xde la komplikasi yg teruk2 jadi kt baby ni....

----------------------------------------------------------------------------------------------

KEADAAN kepala Putri Nursofea Humaira yang bengkak didakwa akibat ditimpa serpihan siling Hospital Batu Gajah pada 25 September lalu.


IPOH – Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sulung bertukar pilu selepas bayi perempuan yang dilahirkan sihat pada 25 September lalu, didakwa ‘menderita’ akibat kecuaian dua buah hospital.

Bapa bayi terbabit, Sahmani Dolmat, 29, mendakwa sehari selepas isterinya, Nur Aisyah Ahmad Syukri, 21, melahirkan Putri Nursofea Humaira, kepala bayi itu ditimpa serpihan kecil siling di wad bersalin Hospital Batu Gajah yang tiba-tiba jatuh.

“Kejadian itu saya maklumkan kepada ketua jururawat namun tanpa pemeriksaan teliti dia memberitahu anak saya tidak mengalami apa-apa masalah,” katanya di sini semalam.

Sahmani mendakwa, sehingga isteri dan anaknya keluar dari hospital itu tiada rawatan diberikan kepada bayi tersebut.

Menurutnya, kepala bayi itu semakin membengkak selepas majlis mencukur jambul baru-baru ini dan dia telah membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini untuk rawatan susulan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Bayi mati dijaga pengasuh

PUTRAJAYA: “Anak saya membuka mata dan tersenyum apabila saya mengejutkannya dari tidur, malah kelihatan sihat ketika saya menghantarnya ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja,” kata Nor Zulaihan Mustapa, 25, ibu kepada Muhammad Firdaus Hakim Faizal Hafiz, lima bulan yang meninggal dunia dipercayai terjatuh ketika dijaga pengasuh di pangsapuri Presint 14 di sini, Selasa lalu.

Anak sulung pasangan, Nor Zulaihan dan Faizal Hafiz Abdullah, 24, yang masing-masing bekerja dijaga pengasuh sejak lebih tiga bulan lalu.

Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri.

Kejadian itu yang ketiga membabitkan kematian bayi ketika dijaga pengasuh atau pusat asuhan di sini, dalam tempoh dua bulan selepas dua kes membabitkan kematian bayi masing-masing empat dan sembilan bulan, akibat tersedak susu.

Nor Zulaihan berkata, anaknya sihat dan sangat aktif malah sudah pandai meniarap serta tidak nampak sebarang perubahan atau tanda menunjukkan dia sakit.

“Biasanya pengasuh memaklumkan kepada saya jika anak meragam, tetapi pada hari itu (kejadian) saya tidak menerima sebarang mesej.

“Bagaimanapun, saya menghubungi pengasuh bagi mengetahui keadaan anak saya dan dimaklumkan pengasuh anak saya baik dan aktif serta suka meniarap,” katanya ketika ditemui Harian Metro di bilik mayat Hospital Putrajaya di sini, semalam.


Sambil menitiskan air mata, Nor Zulaihan berkata, dia reda dan menerima pemergian anak sulungnya itu.

Mengimbas kembali insiden itu, dia menerima panggilan pengasuh kira-kira jam 1 tengah hari supaya mengambil anaknya dengan segera kerana dimaklumkan bayinya itu berada dalam keadaan sungguh lemah.

Menurutnya, dia meminta suami yang kebetulan berada di rumah kerana bekerja syif malam mengambil anak mereka.

“Ketika suami mengambil anak, Firdaus sudah lembik dan tidak sedarkan diri, malah badannya biru selain ada kesan darah pada hidungnya. Melihat keadaan anak yang kritikal suami menghantarnya ke hospital.

“Ketika diberi rawatan kecemasan, denyutan jantung anak berhenti menyebabkan doktor memberikan kejutan elektrik... selepas itu baru jantungnya kembali berdenyut, tetapi dia masih tidak sedarkan diri,” katanya.

Nor Zulaihan berkata, arwah kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), namun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi semalam, selepas lebih 24 jam bertarung dengan maut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan doktor mendapati ada pendarahan pada otak, tetapi tidak begitu ketara dan ia tidak boleh menjadi punca kematian bayi terbabit.

“Doktor membuat bedah siasat petang ini (semalam) untuk mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Katanya, suaminya membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, petang kelmarin kerana mengesyaki mangsa didera berikutan terdapat pendarahan dalam kepala, selain hidungnya berdarah.

“Jika laporan bedah siasat mendapati anak saya didera, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengasuh berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengesah sama ada bayi terbabit didera atau sebaliknya kerana berdasarkan keterangan pengasuh, bayi terbabit jatuh di rumah menyebabkan hidung dan kepalanya berdarah.

“Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya.


----------------------------------------------------------------------------------------------

Takziah diucapkan kepada keluarga bayi ini...byk kn kisah bayi yg meninggal bila kt umah pengasuh or nursery...nasihat aku pada parents, pilih la pengasuh yg mmg kite percaye n kenal latar belakang mereka...anak adalah hadiah/anugerah dr Allah...aku dpt rasai kesedihan parents yg mane ank mereka meninggal akibat kecuaian pihak lain....

kisahnye, bini driver kt opis aku ni penah jage arwah baby ni beberapa ari sbb pengasuh dia xde...then mak budak ni nk upah bini driver ni asuh ank dia, tp bini driver ni xnk sbb dia dh jage 2 org budak...dia takut nk amik rmai2...bile dh jadi camni, dia terkilan sgt2...xpe la kak, dh ketentuan Ilahi...


Tuesday, October 12, 2010

Kemalangan maut di Simpang Ampat Lebuhraya PLUS

Baru arini berkesempatan nk melayari berita pasal kemalangan maut ni...sebelum ni dengar kt berita tv dan cerita2 org je...tetibe ternampak la satu entry pasal gambar2 di tempat kejadian...sesungguhnya aku tak sanggup nk tgk gambar2 tu...cam sedih sgt...sesape yg nk tgk boleh layari amazingnara.com....kepada keluarga mangsa2 kemalangan, byk2 kn bersabar dan semoga tabah menghadapi dugaan yg melanda...dariNya kita dtg kepadaNya kita kembali...

p/s:kpd ibu2 mengandung atau mereka yg x kuat semangat (mcm aku...) baik x payah tgk gambar2 tu...

Wednesday, October 6, 2010

(-_-) HANTARAN AL-QURAN

Saje nk share artikel ni yg diperoleh drpd FB seorg kwn...

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


thanks to AiNie EnNie@Facebook


Tuesday, October 5, 2010

Nelayan disyorkan pakai GPS??

Tadi on the way balik keje, layan la Hotfm...dengar la berita ringkas yg mane mengatakan nelayan disyorkan guna GPS....errmmm sounds interesting!!!

p/s: sori berita lanjut belum dijumpai...nnt kalo ade aku share kn kt sini k....

Perokok Tegar

Harga rokok naik 63 sen KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan di sini semalam. Kenyataan itu mengesahkan laporan sebelum ini tentang kenaikan cukai itu. Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang. Kenyataan yang sama berkata, kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia. Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutama di kalangan remaja.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semalam balik keje, aku singgah kt mini market kt kwsn perumahan aku..tgh nk bayar tu, aku sorg laki nk beli rokok...kakak kedai tu ckp la harge dh naik...skali dia jawab "ala kak kalo dh perokok tu naik la harga tggi mane skali pun, tetap beli jugak...."itu kenyataan dr seorang perokok....so fikirkan lah keberkesanan kempen2 anti rokok yg kerajaan dah laburkan...berkesan ker???

myMetro | Kasih bertaut jua

Ni la yg dikatakan kalau dh jodoh tu tak ke mana...setiap kejadian yg berlaku di muka bumi ni tlh ditetapkan oleh Allah s.w.t...nk tau kisah selanjutnya sila klik link di bawah...so sporting maaa~

myMetro | Kasih bertaut jua

Kalau Berpacaran~

Suka dengar lagu ni...sbb ianya penuh ngan nasihat dan teguran supaya kite menjaga adab dan tatasusila kite dalam pergaulan seharian especially kalo yg mana ade couple tu la...dengarkan dan ambil la pengajaran dari lagu tu...

video

Sohaimi Mior Hassan

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Akhirnya.....dapat duit!!

Salam...title cam dapat duit juta2 je...heheheh...akibat drpd demam kakakku terhadap Nuffnang, aku pn terbabit la sama utk join Nuffnang...tp aku x la aktif cm dia...just suka suki je...tp slalu gak check website Nuffnang tu, bile la aku nk dpt duit ni..slalu RM0.00 je...huhuhuu...tp arini bila aku check--->RM 0.50.....hahahaha ok la kn wat beginner cam aku yg mls nk update blog n x aktif sgt ni...blog pn merapu ntah ape2..hehehe...thanks pakcik Nuffnang~

Sunday, October 3, 2010

Penangan Bowling...

Semlm setelah sekian lame x main bowling, aku membowling semlm...lawan nk pilih wakil bahagian utk kejohanan bowling mesca...aku dh tau dh, kompem la aku x dapat, tp nk main gak suke2 sbb dh lame x main...keputusannya aku ranking ke 10...heheheh ok la wat beginner cam aku ni...penangan bowling tnpa warm up ni ialah arini aku sakit2 badan...huhuhu dh cam org tua dh kalo nk duduk bangun...tp aku still x puas lagi la...huhuhu nk main lagi...kwn2, jom la main bowling....