2014 - banyak cerita yang berlaku pada tahun tu..suka duka semua ada..aku terpaksa akui tahun 2014 adalah tahun yg agak berwarna-warni bagi aku..ada sinar ceria bila kerjaku diiktiraf..ada juga sinar kelam bila aku dilanda macam2 dugaan..aku pun tidak menjangkakan aku akan melalui semua itu..tapi aku positifkan diri dan laluinya dengan tenang...Alhamdulillah aku berjaya harunginya dengan tenang walaupun dalam hati ini hanya Allah yang tahu..aku bersyukur sangat2 dgn ketenangan yang Allah bagi kat aku..aku pn x sangka aku mampu bertenang dan masih mampu tersenyum walaupun aku dihadiahkan dgn macam2 cerita yang tak sedap didengar..aku masih mampu harunginya dengan senyuman sbb aku tahu aku di pihak yang benar...
Rezeki...siapa kita nak menidakkan rezeki yang dianugerahkan oleh Allah..setiap orang ada rezeki masing2..ada orang rezekinya melalui perkahwinan, anak...ada orang rezeki melalui kerjaya dan macam2 lagi rezeki Allah untuk hambaNya..memang beruntung seorang manusia itu andai semua itu dapat dikecapi dalam masa yang sama...pada yang lain, mungkin rezeki kita akan sampai satu persatu..jangan diragui dengan rezeki dari Allah kerana Allah Maha Mengetahui...bila kita tidak peroleh sesuatu rezeki pada masa itu, anggaplah rezeki kita belum sampai dan insyaAllah akan sampai pada suatu masa yang dijanjikan oleh Allah..tidak perlu kita hendak mempersoalkan kenapa dia ni dapat..kenapa kita tak dapat...Allah dah atur semuanya secantik mungkin..insyaAllah berdoalah sebaiknya kepada Allah...jangan asyik nak menuding jari mencari kesalahan orang lain kerana manusia hanyalah perantara kepada rezeki Allah..semuanya dalam perancangan Allah..
Di tahun 2015 dan mendatang, aku mengharapkan ada sinar bahagia yang akan datang padaku..baik dari segi kerjaya dan kehidupan...semoga rahmat Allah sentiada melindungiku...semoga Allah mendengar setiap doaku..semoga Allah menganugerahkan aku kesabaran dan ketenangan untuk menghadapi semua rintangan yang mendatang...insyaAllah..amiin ya rab alamin...