Monday, March 5, 2012

Review Filem Cinta Kura-kura

Ari sabtu aritu, pegi lepak umah my kakak CIK KALAMHATI kt kuantan...then plan2 la nk gi tgk wayang...ermm nk tgk citer ape ye...kite tgk citer Cinta Kura-kura la...

Lakonan:

Aeril Zafrel:(Pelakon Utama)
Tiz Zaqyah:(Pelakon Utama)
Zizan Raja Lawak:(Pelakon Utama)
Shy8:(Pelakon Pembantu)
Farah Fauzana:(Pelakon Pembantu)
Bob AF2:(Pelakon Pembantu)
Fizz Fairuz:(Pelakon Pembantu)
Munir (Phyne Ballerz):(Pelakon Pembantu)
Harun Salim Bachik:(Pelakon Pembantu)

Sinopsis:

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

sumber: sinemamalaysia

Kesimpulannya, citer ni mmg best la..especially bagi orang yg mencari hiburan atau movie yg ringan, yg xpayah nk beratkn kepala pikir..pastu gelak je manjang sepnjg citer ni...dialog2 dan jalan citer dia mmg leh mengundang ketawa kite semua...tak rugi tgk citer ni...

No comments: