Monday, December 31, 2012

Welcome 2013 Sayonara 2012

Selamat Tinggal 2012
Pelbagai pengalaman pahit dan manis sepanjang tahun ini
Segala yang berlaku akan menjadi kenangan berharga dalam hidup

Selamat Datang 2013
Semoga tahun baru ini menjanjikan seribu kenangan terindah dalam hidup
Semoga diriku dan seluruh orang di sekelilingku sentiasa mendapat hidayah dariNya
Semoga segala perjalanan dan perjuangan hidup sentiasa mendapat rahmat dan berkat dariNya

Tuesday, December 11, 2012

Bila buat kerja last minute...

Ape perasaan korang kalo kena buat keje last minit...
bukan kite suke2 tangguh kerja...
ini kes bos suke sgt bg keje last minit...
haru biruuu jadinye sume org...
kalo x melibatkan org luar xpe...
ni nak kena booking hotel lg...
meeting room lagi...
nk kena prepare dokumen lagi...
penat kite jadinye...
sesekali x salah kalo bos pikir sikit pasal anak buah...
jgn tau arah jer...



Friday, November 16, 2012

Cuti-cuti Malaysia

Dah lame dh menangguhkan entry psl cuti2 ni...tdk berkesempatan plus sedikit kemalasan...huhuhu...so secara ringkasnye inilah perjalanan cuti2 malaysia ku...

20 - 22 Okt 2012

Perjalananku bersama Farah dan Umi ke Sibu Island, Johor...mmg fun sgt kt sane...chalet best, makan best, tempat best...yg paling eksaited budak berdua tu la..sy eksaited gak..tp sy agk fobia ngan air sbb x reti berenang..huhuhu..tp join jgk dorg ni pegi snorkeling...alkesah snorkeling pn lawak gak...kitorg plan nk gi pagi, skali staff hotel ckp ade hal ape ntah, so kitorg xleh pegi pagi,.dia suruh kitorg pegi ptg..kitorg on je la..so lps lunch, dh amik equipment, kami pn menunggu la kt jeti...skali pakcik guard tu ckp ape kt kitorg 'korang ni nk pegi snorkeling tghari2 ni...mat saleh pn x pegi snorkeling tghari...' huhuhu abis tu pakcik, kitorg nk pegi pagi x bagi, suruh kitorg pegi ptg,...kitorg balun je lah...isnin dh nk balik, mane ade mase dh,...ape2 pn, mmg best!!

23 Okt 2012

Kami ke Legoland plak...amazing sgt tmpt tu..kagum ngan replika2 tempat yg diperbuat dgn lego...real sgt!!budak berdua tu dh eksaited nk naik roller coaster bagai...spt biasa, aku kn terlebih 'berani'...jadinye aku pn volunteer la nk tlg pegangkan be dorg while dorg pegi main roller coaster tu...heheheh...sebut je name roller coaster ape yg ade kt dlm tu, smua dorg main...heheheh...mlm jgk la kami smpai Putrajaya...

24 - 29 Okt 2012

Sy memulakan perjalanan utk balik kampung!!yeaayyy balik kampung...raya raya raya!!!amik cuti smpai ari Isnin...raye korban kt kampung cam biase la..agk meriah kali ni sbb abgku yg kt Rawang pn balik...ape lagi, bakar daging, bakar sate dan sebagainya..yg pasti smuanye berasaskan daging...

Perjalanan balik ke Putrajaya kali ni agk mencabar fizikal..spt biase la sy akn transit di Kuantan dulu umah kakak...ape yg mencabar fizikal sy??? sbb perjalanan kali ini dr Kota Bharu ke Kuantan memakan mase selama 12 JAM...believe it or not!!!mmg rase cramp punggung dok dlm kete...huhuuh

5 - 9 Nov 2012

Berbengkel dan beraudit di Cameron Highlands....

10 - 11 Nov 2012

Menyibukkn diri join family day perkeso (opis abang) kt Bukit Gambang Waterpark...sunburn gi pulau x ilang lagi...sy tmbh lg sunburn kt Bukit Gambang...huhuhu...dh la kulit dh mmg x brape nk putih...adoooiiii

neway, tu la sedikit sebyk rentetan perjalananku...boleh kire brape ari je dok kt umah...huhu

Friday, September 28, 2012

Pembentangan Bajet 2013

credit to beritasemasa.com

  Kandungan Penting Pembentangan Bajet 2013 Malaysia?

  1. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  2. Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  3. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  4. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  5. Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
  6. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  7. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  8. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  9. Industri halal
  10. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  11. Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
  12. Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
  13. Petani, nelayan & penjaja kecil
  14. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
  15. Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  16. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.
  17. Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.
  18. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.
  19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  24. Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).
  25. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  26. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  27. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  28. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  29. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  30. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  31. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.
  32. Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.
  33. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off RM1,000.
  34. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.
  35. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
  36. Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
  37. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
  38. Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
  39. SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).
  40. Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.
  41. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.
  42. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  43. Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  44. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
  45. Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
  46. Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.
  47. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.
  48. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.
  49. Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  50. Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  51. Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.
  52. Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.
  53. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).
  54. Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten
  55. Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam

p/s : untuk sy, sy suke no 53,54,55 tu...opkos la no 55 kn...yg no 54 tu insyaAllah sbb buat potongan gaji kn... any comment utk no 45??heheheh

Saturday, September 22, 2012

Nak suruh aku cakap macammana lagi....??

Nak suruh aku cakap camane lagi baru nk paham....
nak tunggu rumah banjir dulu ker baru nk beringat...
cukup la aku dh bagitau sekali aritu...
aku xkan cakap benda yg sama 2 3 kali...
tu bukan cara aku...
dah besar buat la cara dh besar...
xkan setiap mase nk kne cakap bnde yg sama...
pikir sdiri la otak Allah bagi simpan je ker...
dah x reti nk pikir dh ker...

Friday, September 14, 2012

Drama Adam & Hawa

Korang tgk x drama ni...ala yg Abang (abang tau...) Aaron Aziz ngan Nadiya Nisaa tu berlakon..mmg menjadi kegilaan kn skang drama tu..tambah2 lagi bagi orang yg dh bace novel tu (seperti saya)..mmg menunggu sgt citer tu..tambah menarik sbb jalan citer drama tu tak lari sgt dari jalan citer novel...biase yg penah sy tgk drama yg diadaptasi dari novel ni, kekadang jalan citernye hampir 50% diubah..tapi berbeza ngan Adam dan Hawa..mmg mantap la...tp bg sy yg xde beyond ni (masih pkai dekoder lama) tggu tgk online je lah...tp xpe tu pn dh puas hati...jnji dpt tgk...kn??


p/s: nk jugak Cik Ted mcm Adam bagi kt Hawa tu.... ;)

Friday, September 7, 2012

Bapa Angkasawan Datuk Sheikh Muszafar Meninggal Dunia

Assalamualaikum..terbace berita tadi yg melaporkan bapa angkasawan negara kite tu meninggal dunia pagi tadi di HUKM..tapi punca kematian sy x dpt sahkan sbb ade berita lapor kata kanser usus, ade yg lapor sakit jantung....ape pn takziah diucapkan kepada keluarga Datuk dan doa kami semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman...al Fatihah...

Warna Warni Raya

Semalam (khamis) opisku wat jamuan raya..kali ni ade kelainan sikit..setiap unit diwajibkan wat persembahan...erkk ape nk buat ni...bincang punye bincang kite org pn nk belakon,kononnye cam siaran tv la..agk mencabar jgk sbb tetibe ade sorang bos "kesayangan" ramai tu wat keluar statement "sy xnk tgk kalo slide2 ni.sy nk tgk persembahan betul..."...elloo bos, kami ni bkn pelakon profesional, so nk suruh kami berlakon dpn2 tu,mmg susah la kn..pastu cube bos g nme kt sy, sape yg nk belakon dpn2 tu...cam bos x knl ank2 buah bos kt unit ni...so sy dgn kuase yg diberikan kpd sy sbg person in charge persembahan utk unit sy meneruskn jgk ngan idea kitorg nk rakamkn lakonan kami..x kesah la bos, bos xnk tgk xpe,rmai lg yg lain nk tgk...ape pn sy bangga dgn ape yg dh sy buat...disebabkan sy geram dgn bos,timbul idea spontan sy suruh dorg kuar rmai2 kt dpn bile part last tu..buat la ape pn, nk nyanyi nk menari (tu pn ade gak yg xnk kuar dpn..well mmg dh ku agak pn)..mmg haru biru la time tu, tp xpe..jnji bos nk tgk kami live, ade kn...(geram!!)

Macam persembahan la yg ade aritu...mmg best la jamuan raya kali ni...makanan pn best2..tp yg sedihnye sy x sempat nk merasa semua makanan...sbb mase awal2 diannounce suruh makan tu, sy tgh kalut dgn slide sy yg xnk menjadi...technical problem kt situ..then sy tggu smpai siap semua persembahan baru sy pegi makan...so kesahnye sy sempat makan nasik dagang dgn sate jer...eh dgn puding skali...errkkk sape yg buat puding oreo tu ek..mabeles!!!

Persembahan setiap unit :

1) Admin - tayangan video Drama Mak Jemah dan Pak Ma'un
2) Kewangan - nyanyian
3) Prestasi - nyanyian
4) ICT - melodrama (kelas kau jahh...ade Yuna tau dlm persembahan ni...) mantoppp sgt persembahannye dan hasilnye, deme menang persembahan terbaik..
5) Audit Khas - tayangan video drama

Tuesday, August 28, 2012

Back To Work

Dengan segala hormatnya saya ingin memberitahu bahawasanya saya
TIADA KERAJINAN UNTUK BEKERJA!!!
Sangat malas ok....
Mood bercuti bersenang lenang masih membelenggu diri...

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Bercuti Semua....

Salam...dh ramai ker yg dh start cuti...sy arini (Rabu) baru nk cuti..tp sy tetap dtg ke opis...rajin x sy??hehehe kesahnye baru plan nk cuti ari kamis..so cadangnye ari Rabu nk amik halfday la...tetibe bos besar ckp, xleh amik halfday,dia xnk sign borang cuti...huhuhu...jln penyelesaiannye, sy pn perlu la isi borang cuti gantian (cuti yg dpt sbb OT time outstation) sbb xnk gune cuti rehat..disebabkan ari selase baru sy abis wat keje luar, makanye, ke opis la sy ari ni utk isi borang cuti + amik biskut raye yg diorder + amik duit raye yg mintak kawan tukarkan...pastu siap kne tggu smpai ptg sbb ank buah abis kls ptg...

oppss lupe lak, zakat sy blm bayar lg..igtkan arini nk gi bayar kt Anjung, tp kaunter dh xde..so tghari ni kne la sy ke Alamanda..kt situ ade 1 kaunter sy rase...bkn xnk bayar awal2 tau..tp sbb sy kne keje luar, so xtau nk bayar kt mane...huhuhu...

So ptg ni, bersesak la sy ngan pengguna jalan raya yg lain utk balik kampung...huhu xtau la camne keadaan jalannye...dh la jenis kurang tau sgt jln2 ni..adooiii...kalo org lain,maybe leh gk pusing2 cari jalan alternatif...tp sy? rasenye lalu je lah jalan yg tau tu..ikut jer signboard yg ade (ni kes x penah lg balik ikut Shah Alam...biase dr Putrajaya jer)...huhu..doakan perjalanan sy lancar dan selamat...amin...

Wednesday, August 8, 2012

Bila Nak Raya

Ramadhan tinggal seminggu lebih jer lagi...ramai org dh mula buat persiapan raya kn..yg mane keje, msti dh x boleh nk fokus kn..otak asyik ingat nk balik kampung jer...hehehe...mcm sy skang ni la..utk 2 mggu ni,sy join unit kewangan buat audit di slh satu IPGM di KL ni..sepatutnye ari Jumaat 10hb ni kami dh abis audit,tp disebabkan ade masalah2 yg menghalang, bos amik keputusan nk lanjutkan smpai Isnin depan...huhuhu...xnk la bos!!!kami dh xde hati nk keje ni....huuwwaaaaa....

Pastu dok pikir nk redah kesesakan jalan lg nk balik raye nnt...huhu agak2 la, brape jam mase yg akn diambil utk smpai dari Putrajaya-Shah Alam-Kuantan....huhuhu...itu baru smpai kuantan..x citer bab nk balik Kelantan lagi...mau berjam2 jugak mau smpai tu...adoiii!!!sakit pale....

Nampaknye kali ni, sy x sempat pn nk berpose kt kampung...balik raye nnt pn dh semput2 nk raye...huhuhu rindu makanan kampung...xpe lah, nk wat camne kn..ni la nasib ank perantau...cewahhh!!

ok la, dh xde idea dh..sejuk sgt kt opis ni...

Tuesday, July 24, 2012

MTV 'Andai Ku Bercinta Lagi' - Mojo



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati

[MTV] Stacy - Pelangi Senja



p/s: cantik sgt visual dlm vc ni...nice job production team!!!thumbs up!!

Monday, July 23, 2012

Pengambilan Herbalife di Bulan Puasa

Dok merayap ke blog2, terjumpa la jadual pemakanan utk pengamal herbalife...selamat beramal!!hehehe



p/s: rase sihat dan segar bertenaga pose kali ni bile amalkan bersahur dgn herbalife...

Ramadhan : Day 3 Cita-cita bulan Ramdhan

Dah masuk ari ketiga umat Islam di Malaysia berpuasa kn...rase cam cepat je mase berlalu...tup2 nnt kite smua dh nk menyambut hari raya...bile je masuk bulan Ramadhan kn, msti korang ade simpan impian kan utk dilaksanakan sempena bulan yang mulia ini...antara yg slalu sy dgr:

* nak menambahkan amal ibadat
* nak berubah menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya
* nak turunkn berat badan (bagi sy, utk point yg ini, x elok kalo kite meletakkannya di tempat pertama...berpuasa hanya semata2 sebab nk kurus...sbb bulan ramadhan ni kn bulan yg mulia, bulan dimane smua org sibuk mengejar pahala ibadat yg berganda2...kurus tu adalah sebagai bonus la bagi kita)

p/s: jom kita pakat kejar impian masing2 di bulan ramadhan ni...


Tuesday, July 3, 2012

Benarkah?

Benarkah kenyataan bahawa seseorang wanita itu, apabila sampai satu peringkat umur, dengan kehidupan dan kerjaya yang stabil, keinginan untuk berkahwin itu sudah tiada...sebab dia sudah berada dalam zon selesa dengan kehidupannya, selesa dengan gajinya, selesa dengan kebebasannya tanpa ada ikatan yang menghalang...

Tuesday, June 26, 2012

Program Assesment Centre (PAC) Untuk Juruaudit W41

Semakin lama, rasenya makin susah nk menjawat sesuatu jawatan dlm kerajaan ni..dulu, dalam 4-5 tahun lepas, kalo untuk jawatan penolong (post diploma), xde exam2 bagai..isi je borang spa, then tggu la panggilan interview..skang ni dh ade exam plak...kalo utk jawatan deggree plak (Juruaudit W41), kalo dulu setakat exam, then bile lulus exam, tggu la panggilan interview...skang ni Juruaudit pn dh ade assesment cam PTD tu...first, opkos la ade exam...then, bile dh lulus exam lak, ade assesment lak...then dh lulus assesment baru ade interview...

So, dipendekkan citer, sy dan beberapa org kawan dpt pegi ke assesment centre untuk Juruaudit w41 tu yg akan dibuat pd ujung mgu ni...disebabkan kami ni kire first batch calon2 yg kne hadiri assessment utk Juruaudit, so kami pn xleh nk agak la ape aktiviti yang akan dibuat...kalo ikutkan jadual program tu, selps pendaftaran, akan ade Ujian Psikologi selama sejam...errkkk ape yg nk dipsiko kn pd kitorg ni...huhuu..then ade xtvt2 yg tidak dinyatakan apakah bntuk xtvtnye itu utk 2 hari itu..so lagi lah kami ni dok tertanye2...

Kalo dgr citer kwn psl assessment utk Kastam, ade kne lari 2.5km (errkk pengsan!!), then ade pumping, ade lari laju, ade public speaking (ni xtvt wajib ni.) and then ade grouping activities...tp ye lah, lari2 smua tu mmg relevan la kn dgn kastam...pastu kalo Juruaudit ape yg relevan ek....sukan2 tu ade la kot, public speaking and grouping activities tu wajib ade,..tp sukan ape yg dia nk wat...huhuhu dh lame x  bersukan ni...setakat jogging2 kt tasik Putrajaya ade la..tu pn dh lme x wat..huhuhu...

Mintak2 la semuanye dipermudahkan oleh Allah kepada kami ye..semoga kami semua berjaya mengharungi PAC ujung mggu nnt..amin...

Tuesday, June 19, 2012

Hati Tidak Boleh Dipaksa

Sememangnya hati ini tidak boleh dipaksa
Tak boleh nak memaksa hati ini untuk menerima
apa yg sedang berlaku sekarang ni

 

Monday, June 18, 2012

Istikharah

Bila keserabutan melanda
Istikharah la pengubatnya
Kembali pada Yang Maha Esa

Friday, June 15, 2012

Kegilaanku...

Gila??oppss bukan gila penyakit tu k...sekarang aku makin gemar melayari blog2 novel...sejak dok melayari novel online ni, kurang la sikit kegilaanku beli novel ni...tp jgn risau ye penulis2 smua, beli tetap beli..cuma skang jd lebih selektif sikit..sbb tu sy suke bace online ni..sbb kita dh tau mane yg best mane yg x best, so bile novel tu kuar versi cetak, baru puas ati nk beli...

Blog yg mmg sy akan jengok hari2 adalah:-

1) Acik Lana
2) Dansa Hati ke Jari
3) Karya Lepak

Satu lagi blog yg sy suke layari adalah blog enovel-bloglist.blogspot.com yang mane blog ni menyenaraikan semua blog2 novel yg ada..so senang la kite nk tau blog mane yg dh update novel dorang..thanks la atas usaha owner blog ni...tu pn sy x sempat nk layari smua blog yg tersenarai, sbb byk sgt...huhuhu...

Thursday, May 31, 2012

Samsung Galaxy SIII - OVERVIEW | SAMSUNG


Nak tengok dengan lebih details, sila KLIK ----> Samsung Galaxy SIII - OVERVIEW | SAMSUNG

p/s : sesungguhnya saya sgt suke ngan henpon ni..tp duit je yg x brape nk 'suke' ni...huhuhu...so bersabar la dulu utk beberapa bulan ni...

Monday, May 21, 2012

Resipi Shake Herbalife 3

Kali ni try blend ngan buah tembikai lak...ni slh satu cara paling senang nk amik buah...hehehe

2 sudu F3 Vanilla
1 sudu F1
250ml susu rendah lemak (atau boleh guna air kosong jer)
sepotong tembikai
ais kiub

Resipi Shake Herbalife 2

Resipinya sama jgk ngan resipi pertama aritu,cuma tukar air susu strawberi tu ngan low fat milk...

2 sudu F3 Vanilla
1 sudu F1
250ml susu rendah lemak
1 bekas yogurt
ais kiub


*rasenye? not bad la...selamat mencube!!1

Friday, May 11, 2012

Resipi Shake Herbalife 1

Semalam dok gugel2 cari resipi shake herbalife, jmpe byk gak la resipi2 yg biase dorg wat..so arini cam nk try la wat ikut suka hati sdiri..hehehe..ye la biase shake ngan air soya or low fat milk jer....ni resipi yg sy try arini..rasenye?? Not bad!!

2 sudu F1 perisa Vanilla
1 sudu F3
200ml air susu strawberi
100ml air
1/2 bekas yogurt (ala bekas yg kecik tu)
ais kiub (ikut suka..kalo nk shake ni jd cam smoothies, letak la byk ais tu)
then blend la....

walaupun sy ni kureng sikit air susu stroberi tu, tp bile blend camni, tekak sy blh terima la...hehehe...aritu penah try blend ngan epal, pn not bad la rasenye...cuma mgkin kureng sedap sbb sy pkai air kosong jer..rasenye kalo blend ngan low fat milk lg sedap kot...nnt kalo sy try wat resipi lain lak, sy share kt sini ye..

Thursday, May 10, 2012

Herbalife Shake Recipes — Healthy And Nutritious Shakes

tgh gugel2 jmpe website ni...jom try!!!

Credited to http://herbalifeshakerecipes.net/

Herbalife shakes are a great nutritious option for those who are on diet. It helps in weight loss while giving your body all the required nutrition. These can be prepared with several innovative herbalife shake recipes available online.


Here are a few innovative herbalife shake recipes you can enjoy and benefit from:

Herbalife apple and cream shake

This simple recipe requires a cup of apple juice, some crushed ice, a quarter teaspoon of cinnamon powder, and two spoons full herbalife vanilla. In order to prepare the shake, just add all the ingredients to the blender and blend well. Serve with small apple slices on the top.

Herbalife shake recipe for cappuccino shake

Add four ounces of skimmed milk, some ice cubes, four ounces of vanilla yogurt, a tablespoon of instant coffee, and two tablespoons of formula 1 herbalife Dutch chocolate in a blender and mix well. This delicious recipe will make one serving. It has 196 total calories with nineteen grams protein, one gram fat, twenty eight grams carbohydrates and four milligrams of cholesterol. This shake is healthy and not fattening.

Fruity herbalife shake recipes

You can make several types of shakes with herbalife formula 1. Fruit shakes are healthy and refreshing. To prepare fruity shakes with herbalife, you need two spoons of any flavor herbalife dessert, eight ounces of fruit juice; you can take any fruit juice you like but orange or grapefruit juice will make the shake amazingly splendid. Add orange extract alongwith rest of the ingredients and few ice cubs into the blender and blend really well. These quantities will make one serving.

Vanilla shake

This shake is a rich source of vitamins B complex, zinc, iron, calcium and vitamin C. To prepare it, you need two tablespoons of herbalife French vanilla mix, eight ounces of skimmed milk, four ounces of non fat yogurt and a few ice cubes. Add the ingredients to blender and blend well. You can garnish it with fresh fruits if you want. It has total 228 calories and six milligrams of cholesterol. Protein content is around 23g and fat is 1g.

High protein pumpkin shakes

You need two tablespoons of high protein low carbohydrate vanilla flavor shake, quarter cup canned pumpkin, one cup apple juice or milk and half teaspoon of mixed spiced which include cinnamon and nutmeg. Blend all the ingredients well and enjoy the refreshing herbalife shake.

Above mentioned are only a few herbalife shake recipes which you can try making with herbalife shake mix. You can try different variations with them according to your own taste and requirements



Tuesday, May 8, 2012

Independence Woman

Ade orang ckp aku ni independence sbb aku berani drive sorang2 pegi Kuantan...errkkk Putrajaya-Kuantan tu dh mmg slalu sgt sy drive kot...ntah la...independence kah aku??strong woman??iron lady?? rasenye tak kot..aku hanyalah wanita biasa yg mempunyai byk kelemahan..yg masih memerlukan sokongan daripada mereka di sekelilingku...cuma mungkin aku dipinjamkan sedikit kekuatan daripada Allah swt untuk aku berdikari di bumi ini...insyaAllah...

Thursday, May 3, 2012

Seminggu Di Seremban

Minggu lepas start 22hb hingga 27hb April kami berkampung di Seremban..outstesen la namenye walaupun hakikatnya Putrajaya - Seremban tu xde la jauh manenye...hehehe nk balik ari pn blh sebnrnya..tp susah la plak sbb byk mase abis kt jalan jer...kesahnya byk citer yg jadi sepanjang kami kt sane..kali ni aku partner ngan Farah...

Ari first pegi skolah xde masalah sebab skolah dekat je ngan hotel...kt skolah pn smuanya berjalan dgn lancar...then ari kedua kami ke skolah lain lak...skolah ni terletak kt Seremban 2...dh siap2 tnye jalan ngan kwn aku tu, bergerak la aku ngan Farah ke skolah tu...ape lagi makan langsat (sesat)  la kami..org suruh susur kiri turun bawah, kami pegi trus..org suruh u-turn, kami x u-turn...huhu dia pnye signboard agk mengelirukan la...ok tu citer mase pegi..mase balik lak, kononnye nk gamble jer,xnk bukak gps, makan langsat la kami sekali lagi...pusing2 x jmpe jalan nk blk ke Seremban..dh penat pusing2, baru la bukak gps..skali gps tu bwk kami lalu balik jalan yg kami dh lalu td...adoooiiii sakit perut gelak...kami smpai ke skolah seterusnya tu pukul 2 ptg..solat2 dulu then baru jmpe Pengetuanya..skali skolah tu blackout la plak...berpeluh2 jadinya...first time wat keje kt meja dekat taman jer...hehehe..dlm pukul 4 baru ade balik letrik...tp satu yg x best pasal skolah ni adalah keraninya sgt berkira...bile kitorg mintak dokumen ape2, makk aiii muke dia, cam nk lempang jer...disebabkan keje kami tergendala sbb xde letrik tu, kami pn tggl la dokumen yg mane nk fotostat tu kt skolah, esknya kami nk dtg amik...so keesokan harinya, kami pn pegi la amik...mase tu lagi 10 minit nk pukul 5...skali ade dokumen yg dorg tertinggal, x fotostat...Farah pn mintak la dorg fotostat....korang rase ape reaksi kerani tu...dia tengok jam beb...makk aii takkan camtu skali kot...lagi 10 minit kot nk pukul 5...kitorg ni lagi penat tau, berkejar ke skolah2, igt kitorg suke2 nk pegi skolah dia ptg2 camtu...bengang giler kitorg...awak, kalo awak berkire sgt camtu dlm soal keje, camane awk nk dpt pahala atas keikhlasan awak bekerja tu...huhu

Ari Rabu tu, skolah lain lak...kali ni Guru Besarnya lelaki...lagi best, kami siap berbalah pendapat pasal rasuah....mls nk hurai lanjut pasal tu, biar jelah dia ngan pendapatnya...yg paling best ialah mase skolah last ari kamis tu, skolah tu dalam ladang kelapa sawit...korang agk2 berapa org pelajar sekolah tu....jeng jeng jeng...empat orang je jmlah pelajarnya...dan yg bestnya keempat2 org pelajar tu adik beradik...hahahah mmg dpt layanan vvip la dorg tu...kelas kau dik!!!

Itu la sedikit sebanyak coretan sepanjangdi Seremban...satu lagi pengalaman dalam diari kehidupan keje ku di sini...

p/s : thanks pada bos2 yg sudi belanje kitorg makan2 kt sne ek...jasamu dikenang;)

Wednesday, April 11, 2012

Gempa Bumi Di Acheh 8.9 scala richter

Gempa bumi di Aceh dirasai di Malaysia

11/04/2012 5:20pm

KUALA LUMPUR — Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.— BERNAMA


*petikan akhbar Kosmo Online


p/s: aku di putrajaya pn merasai gegaran tersebut...pestime aku merasai gegaran tersebut..sgt menginsafkan...pada mulanya aku igt aku ni pening sbb tetibe je rase umah ku bergoyang (dah la umah ku di tgkt 10)...lame aku termenung, betul ke umah ku bergoyang ni...then aku tgk air dlm bekas airku, and air tu berkocak..mase tu la aku realized yg mmg betul umah ku bergoyang disebabkan ade gegaran...Ya Allah selamatkanlah kami semua Ya Allah...

Tuesday, April 3, 2012

Dah masuk bulan April

Sekejap je rasenye kn..pejam celik pejam celik dh bulan 4 dh pun skang...kejap je bulan demi bulan berlalu..tgk2 nnt dh akhir tahun, masuk lak tahun baru...masuk tahun baru tu la xleh terime hakikat sikit, sbb umur makin bertambah....hahahaha

Dah masuk suku tahun pertama ni, dh ade ke azam korang yg dh terlaksana??dah ade ke impian korang yang dh tercapai?? as for me, setakat ni everything goes well...keje berjalan lancar setakat ni..cuma masih menunggu peluang utk memohon ke gred jawatan yang sepatutnye...tp xpe, slow and steady la..sebut pasal tu, mggu depan ade exam SPA utk jawatan Juruaudit W41..adooiii sgt tidak suke exam2 ini..soalan2 kefahaman Bahasa Melayu ngan Bahasa Inggeris + soalan2 pasal sahsiah diri + soalan matematik tu ok lagi la kot (matematik tu yg paling aku suke...hehehe)..cuma soalan esei BM ngan esei BI tu aku kureng sikit...huhuhu sesungguhnya aku ni sgt tidak pandai nk mengarang...soalan esei tu biasenye berkisar pd isu semasa skang...err apa isu semasa yg sedang hangat skang ek...SBPA??BR1M?? lagi ape ek...huhuhu

dan aku masih berpikir2 sama ada aku nk apply for lecturer or not...hati rase nak, tp trase sedikit kekurangan keyakinan diri sama ada aku mampu menjadi pendidik yang baik atau tidak...insyaAllah, moga2 one day hati aku terbuka sepenuhnya nk bergelar pendidik.

Baru2 ni aku ade borak ngan branch officer bahagian aku yg kt negeri Pahang...aku suka borak ngan dia sbb dia seorang yg sgt bermotivasi bg aku...dia selalu berpikiran positif...dia bermula dr bawah cam aku gak, then dlm 10 tahun dia dh naik pangkat (normally org lain dlm 20 thn br naik pangkat)...aku ckp kt dia, kalo bos offer suruh org HQ pegi branch, sy nk gi Pahang..terkejut dia, sbb dia kate first time dgr org xnk balik negeri sendiri...hehehe ntah nape, aku xnk balik kelantan, dan aku suke pahang...dia kate "apply la ngan bos ckp nk gi pahang, msti bos bagi...nnt sy ajar awk sikit2, lme2 msti awk pandai byk bnde.." dan aku percaya dia mampu menjadikan org bawahannye pandai sbb aku dh tgk contoh kawan aku yg dok bawah dia..dari zero mule2 masuk dulu, skang ni mmg aku kagum la ngan kawan aku tu...then aku ckp kt dia "sy hold dulu niat nk masuk unit kewangan tu...nnt kalo betul bos nk kecikkan unit siasatan, then sy akan apply masuk unit kewangan..." dan insyaAllah satu hari nnt aku akn mintak tukar unit jgk..sbb aku nk blaja byk bnde...

adooii sungguh panjang lebar entry kali ini...ni lah jadinya kalo dh lame x menaip kn...hehehe

Saturday, March 24, 2012

Bila Check Darah

Semalam ade mesyuarat agung Puspanita..pastu ade la sykt bukak table check darah..not check darah jgk la sebnrnye..name dia kalo x silap microcirculation blood test..under sykt TASLY..dia pkai alat cam microskop, then letak jari manis kt situ, trus nmpk kt skrin pembuluh darah kita...kalo pembuluh darah kita tegak2, maknanye ok..kalo cam bentuk 8 tu, ade kolestrol, pastu kalo cam bentuk y gitu, ade mslh hati...ade jgk la utk darah pekat tp lupe dh camne simbol dia...bile smpai turn aku...

- first2 dia dh tnye, awk kekdg ade sakit kepala kn...(betul!!)
- awk punye period x betul kn...(betul!!) smbil tunjuk skrin gambar pembuluh darah tu...
- awk slalu rase menyucuk kt situ situ dan situ (betul!!) smbil tunjuk kt badan dia...dan ade la 1 2 bnde lagi....

huhuhu sgt ngeri mendengarnya..pastu dia tick kt borang aku dkt simptom2 berikut--->high colestrol, darah pekat, irregular period,masalah hati....mak aiii masalah hati tu yg takut tu...bile sembang ngan assisstant dia, byk la bnde yg dia cakapkn tu mmg logik...

sebnrnye dorg ni ade jual ubat dia..ubat ni traditional herbs from China...just mkn for a month..dh habis sebln, just jage pemakanan dan exercise jer...bile tgk ubat dia ade no pendaftaran Kementerian Kesihatan Malaysia, cam yakin gak la...bila check kt portal KKM pn, mmg betul produk tu berdaftar...nnt aku nk gi check kt spital lak nk tgk camne...

Tuesday, March 13, 2012

Ade Ape Dengan 13 Mac??

Ade ape ngan 13 Mac???------>it's my birthday...

Thanks pada smua kawan2 dan family for all the wishes...

And most thank u for my mom and my late father sbb dah jaga dan besarkan sy slame ni hingga sy berada di tahap sy skang..walaupun x seberapa tp sy bersyukur sekurang2 nye sy dh dididik utk menjadi org yg berguna dan masih mengenal mne asal usul sy...thanks jgk pd smua ilmu yg dh diajar kpd sy sedari sy kecil hingga sekarang...

Buat abang2 dan kakak2 sy, terima kasih utk kasih sayang yg korang dh berikan pd diri ini, dan terima kasih kerana sentiasa berada di belakang sy x kire ape jua yg berlaku...thanks a lot to all of u..i really appreciate it!!

Thursday, March 8, 2012

Surat Bahasa Kelate

Kredit to Ben Ashari sbb share surat tu...mmg gelak guling-guling la bace...







SBPA : Pengumuman Dato' Seri Najib Tun Razak

Sumber berita ini dipetik dari beritasemasa.com...

- Datuk menceritakan semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan

- Datuk Najib sempat menceritakan & menyentuh pula isu-isu yang berkaitan dengan muflis termasuklah perkembangan situasi di Greece.

- Dan…….Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA telah dibatalkan. Akhirnya……

- Tetapi SSM akan ditambahbaik

- Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam

- Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %

- Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)

- SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan adalah mengikut gred masing-masing

- Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan

- COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)

- Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan

- Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based


* akan update dari semasa le semasa...

Monday, March 5, 2012

MTV 'Pencinta Terbaik' - Sofazr

Review Filem Cinta Kura-kura

Ari sabtu aritu, pegi lepak umah my kakak CIK KALAMHATI kt kuantan...then plan2 la nk gi tgk wayang...ermm nk tgk citer ape ye...kite tgk citer Cinta Kura-kura la...

Lakonan:

Aeril Zafrel:(Pelakon Utama)
Tiz Zaqyah:(Pelakon Utama)
Zizan Raja Lawak:(Pelakon Utama)
Shy8:(Pelakon Pembantu)
Farah Fauzana:(Pelakon Pembantu)
Bob AF2:(Pelakon Pembantu)
Fizz Fairuz:(Pelakon Pembantu)
Munir (Phyne Ballerz):(Pelakon Pembantu)
Harun Salim Bachik:(Pelakon Pembantu)

Sinopsis:

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya... Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani.
Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.

sumber: sinemamalaysia

Kesimpulannya, citer ni mmg best la..especially bagi orang yg mencari hiburan atau movie yg ringan, yg xpayah nk beratkn kepala pikir..pastu gelak je manjang sepnjg citer ni...dialog2 dan jalan citer dia mmg leh mengundang ketawa kite semua...tak rugi tgk citer ni...

Wednesday, February 29, 2012

Berhabuk..fuh fuh~~

Fuh Fuh Fuh..dh berhabuk dh blog ni..tuan dia x smpt nk update..huhuhu..mggu lps semggu di Sabah..penat tp enjoy..penat sbb kali ni kami kne siapkan terus reprot kt sane...cam seblm2 ni, blk opis br kami wat report..penat tp ok la, sbb bile blk opis, dh xpyh nk pikir dh pasal report..hehehe..yg enjoynye, sbb dorg di Tuaran tu mmg fun sgt..xde la skema sgt bile jmpe kami...blh gurau2 cam dh kenal lame...heheheh...

*p/s : lappy dh sihat..so lps ni dh blh online cam biase..dh blh update blog dgn lbh kerap...harap2nye lah kn...

Tuesday, February 14, 2012

[MTV] Akim & Fiq - Mesti Ada Cinta



bila saja kau terasa
hati tertekan berkata
mengapakah jiwa makin terseksa

cuba kau lihat dunia
dari mata yang melihat
semua adalah dengan izin yang esa

dan bila esok tiba
yakinlah cinta ada, mesti yakin ada

suria tertunduk malu
dengan cahayamu ohh kasih
awan terkejar melindung
mengemis senyummu
rembulan mengukir bayang kasih sayangmu
indahnya bila cinta ada, yakinlah..

katakanlah oooo
sang pencinta..
katakanlah…
sepenuh jiwa

suria tertunduk malu
dengan cahayamu ohh kasih
awan terkejar melindung
mengemis senyummu

suria tertunduk malu
dengan cahayamu ohhh kasih
awan terkejar melindung
mengemis senyummu
rembulan mengukir bayang kasih sayangmu
indahnya bila cinta ada, yakinlah oooo

p/s : sgt menggemari lagu ini sekarang....

Thursday, February 9, 2012

Pening Kepala

Ini bukan pening kepala aka ting tong atau weng weng ek..ni mmg betul penyakit pening kepala..ntah kenapa lately aku slalu pening pale..ari isnin aku dh kne dh..tetibe je pening smpai rase berpusing2...arini tgh2 meeting tetibe trase pening gak...dok pikir2 penyebab aku jd pening ni, ade 1 jer kemungkinannye--->NESCAFE/KAFEIN..Ari isnin tu mase kt umah kazen aku, dia wat air kopi kapal api tu..lps minum trus jer aku pening berpusing2 rasenye...mule2 igtkn sbb aku xleh tido mlm tu, so kurang tido la agknye...arini pn, mase meeting break, aku minum nescafe lak..masuk je bilik meeting blk, trus pening...seblm ni ok je kalo aku minum nescafe..ntah nape lak skang ni...nk kate aku ni kaki minum nescafe/kopi, dh overdose kafein dlm tubuh, x jgk..kekdg je aku minum..ni pn dh lame x minum...skali minum terus pening pale...huhuhu...something yg berkaitan ngan darah kah?? darah rendah or darah tinggi??huii mintak simpang la...xnk la sakit2 ni...

Wednesday, February 8, 2012

Bile lappy rosak...

Lappy aku tetibe wat hal plk..pagi tu ok lagi, aku siap leh tgk movie lg..then tghari tu dia wat hal..skrin gmbr jadi bergetar2...huhuu dh nk tamat riwayat ker...jgn la, dh la aku pokai bulan ni...ish xleh jadi ni, nak x nak aku kne bwk dia gi jmpe doktor jgk..tnye2 kwn aku, dia ade kwn yg leh baiki...trus bg kt dia then smpai arini lappy aku dok kt klinik...

Camane ari2 aku tnpe lappy??cam nk meroyan jgk la...kwn aku ckp xkn camtu skali kot xde lappy..sejujurnye aku x biase xde laptop ni..kalo aku blk kg x bwk laptop skalipun, aku x risau sbb kt kg ade laptop yg lain..so aku still leh online...

Kalo kt sini, time ujung mggu tu..kekdg aku bkn lyn sgt pn laptop tu..kekdg aku online je laptop tu, tp aku dok wat bnde lain..bace novel la, tgk tv la...x kesah la jnji laptop tu ade..kritikal x aku??

Ujung mggu ni, kn cuti lame smpena Maulidur Rasul ngan Thaipusam...aku dh terpikir2 dh ape aku nk buat tnpe laptop ni...nk kuar merewang, mls plk sengsorang...ari sabtu tu aku menyibukkan diri dgn mengemas umah..and u know what, abis 1 almari baju kurung aku iron..hahaha gile babas la...aku plk mmg jns iron dulu baju kurung baru hang dlm almari, so mmg abis la baju tu aku iron...ari ahad aku jd penonton setia tv...sume citer aku layan...nasib baik ari isnin ngan selase kazen aku dtg...so kitorg plan wat mkn2 kt umh kazen sorg lg...ari isnin wat makan laksa penang+laksa kelantan...ari selasa wat laksa sarawak...so kirenye xde la bosan sgt cuti aku tu...

*bile la agknye lappy aku nk siap ek...

Thursday, January 26, 2012

SApe la yg ganas sgt ni...

Terkujat besar aku..aritu time kakak aku yg sulung pegi Kedah, aku gi la umah dia nk amik ubat batuk..skali mase aku nk bukak kunci mangga pagar tu...tercabut dua mangga tu..terpisah terus pengangkut tu ngan ibu dia tu..huhuhu..abis itam tanganku kne minyak..bile tepon ank sdare ku citer pasal tu, gelak besar dia..dia kate aritu abah dia letak minyak sbb dh berkarat..agknye dh terlebih minyak kot..tu yg tercabut trus tu...anda semua nk tgk x ape jd kt mangga tu...cer klik bwh...

|
|
|
|
|
v


Wednesday, January 25, 2012

Bile bercuti...

Assalamualaikum semua...dh lame rasenye x mengarut kt sini...hehehe...biaselah bile bercuti balik kampung ni, mood nk menulis kt sini ni kureng sikit...bkn xde peluang nk online, tp ntah la..mood tu lari sikit..errmm xde citer menarik pn sepanjang bercuti ni..biase2 aje..tp yg bestnye sbb 2 org abg pn blk bercuti...abg jie balik 1 family, abg lan balik berdua ngan wife jer sbb ank2 buah aku bersekolah...

errmm nk citer sikit pasal aku gi outstesen mggu lps..aku ngan klik aku kne wat audit siasatan kt one of the jabatan pelajaran ni...so kami ditempatkan di dlm bilik officer ni sbb officer ni xde kt opis...aku ngan klik aku ni tutup la pintu bilik sbb xnak bg org luar dgr perbualan kami, sbb audit siasatan ni secret sikit...aku dh pelik sbb byk kali kerani2 kt situ dok tnye aku, mmg nk tutup pintu ker...aku jawab ye lah...rupe2 nye dh kecoh kt luar kenapa kitorg tutup pintu...rupenye ade sorg cc tu pnye la kepoh..sibuk nk tau kitorg wat audit ape smpai kne tutup pintu...huhuhu pestime tau pegi audit org kepoh2...

Lagi satu, klik aku tu terjmpe ngan kawan lame dia...rupenye kawan dia dh bertukar keje kt situ..so dia pn dok la borak2 ngan kwn dia tu, smbil cari2 info...rupenye itu pn jd isu..nape klik aku tu asyik kuar dr bilik tu jer,...kononnye klik aku tu x wat keje ker asyik kuar jer...huhuhu...abis tu kalo x kuar, camne nk cari info...huhuhu...pastu x pasal2 kawan klik aku tu dituduh jd spy kitorg, sbb asyik borak ngan kitorg jer,...huhuhu adoii letih den...tp kami diamkan aje..ikutkan nk jer gi sembur balik kakak tu..tp mls la kn nk cari pasal kt tempat org...

dh lah, lupekan lah pasal pengepoh2 tu..biarkan mereka dgn dunia mereka tu...ok smbung balik pasal bercuti ni...ari2 mmg aku lepak je lah kt umah..ade la aritu sekali aku kuar ikut abg aku pegi Pengkalan Kubor..mak aiii bersusun org..nk berjalan pn susah...tu la sampe suruh pegi time cuti umum camtu..last2 skali aku blk ngan kacang macadamia jer...hehehe

ok la, dh penat dh jari ni dok menaip..jmpe lagi la nnt...hehehe

Tuesday, January 10, 2012

Mimpi punye pasal...

Salam..arini nk citer pasal mimpi..tp ni bkn mimpi aku tau..ni kesah ank ofismate aku...ank kakak ni umo 5 or 6 thn..lupe lak...namenye umar...kesahnye pagi tadi mama dia ni kejut la dia nk pegi skolah (skolah PASTI)..

Mama : Abang, bangun gi mandi..nnt nk gi skolah...
Abang : (sambil wat muke merajuk)..abang xnk mandi..
Mama : Nape plak xnk mandi...
Abang : Nape mama ckp abang X ENSEM...
Mama : Errkk bile plak mama ckp abang x ensem..
Abang : Tadi semlm..(addoii bang, dh tadi, semlm plak...)
Mama : ok2, abang ensem...dh pegi mandi..

Mama + papa dia pun gelak guling2 la...ntah bile plak mama dia ckp tang dia x ensem tu...ape la agknye dia mimpi tu kn sebenarnye...pastu boleh plak dlm umo cenggitu, dia terpikir nk merajuk bile ade org ckp dia x ensem...dh tu kawan aku ni citer, byk plak la alasan2 dia bagi kt mama papa dia ni tiap kali nk suruh pegi skolah...ade jer bnde putar belit kuar dr mulut dia..hehehe biaselah kn budak2...mcm2 ragam dan kerenah...layankn je la...

Friday, January 6, 2012

Day 3 - Me and Herbalife

Arini dh masuk day 3 aku konsisten ngan Herbalife...konsisten dr segi pengiraan kalori makanan yg diambil dan sebagainye...sebnrnye dh lame aku amik Herbalife, tp x konsisten...dh abis sebekas, berbulan aku tggl sblm amik blk...so utk kali ni, azam aku ialah nk konsisten smpai aku capai berat badan yg sepatutnye...insyaAllah...sebetulnye permulaannye ialah mggu lepas, tp xpelah, aku xkire yg mggu lps...kire arini Day 3 jgk..hehehe..

Jumlah yg ingin dikurangkan = 10 kg
Jumlah yg dah dikurangkan = 1 kg

So, 9kg to go...chaiyyokk!!

Tuesday, January 3, 2012

Azam Tahun Baru

Biasenye bile masuk je tahun baru, smua org akn sibuk bercakap pasal azam tahun baru mereka..mcm2 la yg kite akan dgr kn..xpelah, itu mgkn menjadi semangat utk dorg berjaya dlm hidup kn...bagi aku, slalunye aku xpnh ade azam yg spesifik..azam aku biasenye secara umum...hehehe...so azam atau mungkin lbh tepat lagi doa aku utk tahun ini ialah "SEMOGA TAHUN 2012 INI LEBIH BAIK DARI TAHUN LEPAS, BAIK DARI SEMUA SEGI...KEHIDUPAN, KERJAYA DAN UMAT ALLAH S.W.T...SEMOGA AKU DAPAT MENJADI INSAN YG LEBIH BAIK DI SISI ALLAH...INSYAALLAH"