Tuesday, October 5, 2010

Perokok Tegar

Harga rokok naik 63 sen KUALA LUMPUR - Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan di sini semalam. Kenyataan itu mengesahkan laporan sebelum ini tentang kenaikan cukai itu. Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang. Kenyataan yang sama berkata, kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia. Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutama di kalangan remaja.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semalam balik keje, aku singgah kt mini market kt kwsn perumahan aku..tgh nk bayar tu, aku sorg laki nk beli rokok...kakak kedai tu ckp la harge dh naik...skali dia jawab "ala kak kalo dh perokok tu naik la harga tggi mane skali pun, tetap beli jugak...."itu kenyataan dr seorang perokok....so fikirkan lah keberkesanan kempen2 anti rokok yg kerajaan dah laburkan...berkesan ker???

4 comments:

nur anis said...

http://sayanuranis.blogspot.com/2010/10/tips-berhenti-merokok.html

kongsi tips berhenti merokok. ayah saya dah berjaya berhenti merokok guna tips ni..huhu

Puteripisces said...

thanks nur anis...

mentega^^terbang said...

saya
S H U K E
S A N G A T
rokok naik harga...
hahahahaha (gelak jahat pd perokok)

Puteripisces said...

masalahnye mi perokok ni dia tak kire harge naik ke ape...hisap tetap hisap...sanggup je beli mahal camne pn...